About Us



YAYASAN PENYELAMAT ELITE BENCANA  MALAYSIA 
ELITE DISASTER RESCUE MALAYSIA 





YPEBM/EDRM merupakan sebuah pertubuhan sosial yang bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Negara dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan menyelamat, bakti sosial dan sebagainya.



Penubuhan YPEBM/EDRM adalah berlandaskan kepada konsep penyelamatan terhadap bencana dimana ianya akan bermula daripada pemantauan aktiviti yang boleh menghasilkan bencana, bersama-sama membantu pasukan penyelamat semasa bencana dan juga memberikan bantuan kaunseling terhadap mangsa bencana.



DASAR PENUBUHAN YPEBM/EDRM

Program-program khidmat sosial didalam aspek mencari dan menyelamat, sedia menghantar ahli-ahli yang berdedikasi dan bersedia untuk dipanggil ketika berlaku kecemasan seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh dan sebagainya. Menggadakan latihan-latihan yang bersesuaian kepada ahli-ahli termasuk menghadiri kursus, seminar, konvensyen, bengkel dan lain-lain serta menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan yang sesuai untuk digunakan oleh ahli-ahli diwaktu kecemasan.Membantu dan menolong pasukan-pasukan serta agensi-agensi kerajaan .
                                                                 
Bagi memastikan perlaksanaan matlamat YPEBM/EDRM, kemah  latihan dan kursus kecemasan yang biasanya mencakupi kursus bomba ( kecemasan semasa kebakaran ), pertolongan kecemasan, ikatan dan simpulan penyelamat, memasak  dialam semulajadi dan sebagainya  selalu dilaksanakan untuk melatih para ahli sukarelawan  menghadapi situasi kecemasan supaya mampu membantu orang awam apabila berlaku sebarang kecemasan.